Friday 7 September 2012

ASSALAMUALAIKUM..


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Alhamdulillah.. tanggal 15 Februari 2012, perniagaan yang aku mulakan atas dasar minat semata-mata ini telah berjaya didaftarkan dengan nama MIJI WARDI ENTERPRISE (MW), dan masih terus berkembang setelah hampir 7 bulan didaftarkan.

MW merupakan sebuah syarikat perniagaan yang didaftarkan dibawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) beralamat di Kok Lanas, Kelantan. Perniagaan yang masih menjadi keutamaan sehingga kini adalah dalam bidang jualan barangan terpakai seperti pakaian, beg dan kasut yang mana lebih dikenali sebagai BUNDLE.

Selain menjual bundle, MW juga telah mula mengembangkan sayap dalam bidang jualan kaca mata repro gred 5A berjenama Ray Ban..

MW setakat ini masih menekankan perniagaan secara online dan turut menawarkan khidmat membina web blog google pada pendatang baru bidang perniagaan online..

Diharapkan, syarikat ini akan terus berkembang dan lebih berjaya pada masa akan datang...


"Ya Allah, apabila rezekiku ada di langit, maka turunkanlah, apabila di dalam bumi maka keluarkanlah, apabila di laut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, sekiranya dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakkanlah dan sekiranya sedia banyak maka permudahkanlah untuk mendapatkannya , juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki padaku sebagaimana yang kujangka, dengan rezeki yang halal dan baik, serta banyak lagi keberkatan sehinggakan ku tidak memerlukan sesiapa selain dari-Mu, dan jadikanlah kedua tanganku ini berada di atas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan dua tanganku ini di bawah dengan suka meminta-minta, sesungguhnya Engkau amat berkuasa ke atas setiap sesuatu"